Universiti Utara Malaysia

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Kolej Perniagaan UUM, telah beroperasi selama lebih daripada 30 tahun. SBM bertekad untuk menjadi sebuah pusat pengajian yang terkemuka dalam bidang pengurusan perniagaan, melalui kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, dan perundingan. Kami menyediakan persekitaran akademik yang kondusif untuk mencipta, mengembangkan, dan berkongsi ilmu pengurusan perniagaan dengan masyarakat secara keseluruhan.

Program Yang Ditawarkan

 Program ini direka khas untuk individu dewasa yang sudah memiliki pengalaman kerja dan ingin memperkukuh peluang kerjaya mereka. Matlamat utama kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga pengurusan yang berkaliber tinggi, berpengetahuan luas, dan berkemahiran tinggi. Graduan program ini akan dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan yang cemerlang, membolehkan mereka menerajui syarikat atau organisasi dengan penuh keyakinan dan kecekapan.

Diploma Eksekutif

Program ini direka khas untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan mendalam dalam pengurusan perniagaan, tetapi juga mampu menyumbangkan idea-idea inovatif dalam menghadapi cabaran persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif. Dengan fokus untuk menghasilkan tenaga kerja cemerlang di peringkat pengurusan pertengahan, program ini memastikan graduan mampu menterjemahkan teori kepada amalan serta mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam bidang pengurusan perniagaan dengan berkesan.

Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan

Program ini direka khas untuk golongan profesional yang ingin memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan. Dengan kurikulum yang komprehensif, program ini merangkumi pelbagai aspek penting seperti strategi perniagaan, pengurusan kewangan, dan keusahawanan, yang disesuaikan dengan keperluan industri semasa.

Syarat Kemasukan
  • Lulus SPM / SPM(V) dengan tiga (3) kredit; dan
  • Lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM; atau
  • Lulus Penilaian APEL (A); DAN
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dan;
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
Modul

TAHUN1

  1. Cross Culture Management
  2. Principles of Management
  3. Principles of Economics
  4. English 1
  5. Public Speaking
  6. Business Statistics
  7. Principles of Accounting
  8. Management Information System
  9. Logistics Management
  10. Business Communication
  11. Human Resource Management
  12. Business Mathematics

TAHUN 2

  1. Principles of Marketing
  2. Pengajian Malaysia
  3. Entreprenuership
  4. Business & Commercial Law
  5. Khidmat Masyarakat
  6. Marketing Management
  7. Principles of Finance
  8. Strategic Management
  9. Process Writing
  10. Computer Application
  11. Pengurusan Perniagaan Kecil & Sederhana
  12. Kreditasi & Inovasi
  13. Rancangan Perniagaan
Yuran
  • Bantuan kewangan melalui PTPTN bagi mereka yang memenuhi syarat
  • Boleh mengunakan pengeluaran KWSP bagi mereka yang layak

Separuh masa

2 tahun

6 semester

25 Modul

Hubungi Kami Hari Ini!

 Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kerjaya anda dengan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan,UUM. Hubungi saya selaku Konsultan Pendidikan berdaftar di bawah Interface Education Group atau Angkasa Training Centre untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Dengan pendekatan yang lebih personal dan fokus kepada keperluan pelajar dewasa yang bekerja, saya komited untuk membantu anda mencapai kejayaan dalam kerjaya anda.

Cikgu Saba