Mengenai Cikgu Saba
Perunding Pendidikan
Hai dan selamat datang! Saya Cikgu Saba, seorang konsultan pendidikan yang
berdaftar di bawah Interface Education Group dan Angkasa Training Centre.
Kami adalah rakan kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Geomatika Malaysia (UGM),
dan Kolej Mutiara.
Pengalaman Lebih 15 Tahun
Dengan latar belakang lebih 15 tahun di dalam bidang Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan, saya sentiasa bersemangat untuk memperkasa individu melalui pendidikan.
Sepanjang kerjaya saya, saya telah bekerjasama dengan ramai pelajar, membantu mereka menemui program, universiti, dan laluan kerjaya yang sejajar dengan keperluan mereka.
Saya berdedikasi untuk membantu pelajar dan profesional meningkatkan latar belakang pendidikan mereka, mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, dan mencapai kenaikan pangkat yang sesuai dengan impian mereka.
Misi saya adalah untuk memberikan panduan yang berwibawa dan inspiratif, membantu anda meneroka dunia pendidikan dengan yakin dan membuat keputusan yang tepat untuk masa depan yang gemilang.
Setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya. Tugas saya adalah membuka pintu peluang dan membimbing anda ke arah kecemerlangan.
Pemilihan Universiti
Saya membantu anda memilih universiti yang sesuai berdasarkan profil akademik dan matlamat kerjaya anda.
Cadangan Program
Saya mencadangkan program yang paling sesuai dengan kekuatan dan minat anda, sama ada diploma, ijazah, atau kelayakan profesional master.
Bantuan Permohonan:
Saya memberikan panduan langkah demi langkah dalam proses permohonan, termasuk penulisan kenyataan peribadi (RESUME), persiapan temuduga(jika ada), dan banyak lagi.
Bimbingan Berterusan
Sebagai konsultan pendidikan, saya berdedikasi untuk membantu pelajar dan profesional meningkatkan latar belakang pendidikan mereka, mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, dan mencapai kenaikan pangkat yang sesuai dengan impian anda.